Friday, August 3, 2012

Salam Ramadhan Kepada Semua

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia...
Bulan Ramadhan ini tak ramai yang makan di restoran seperti hari-hari biasa. Oleh kerana itu, ramai pengusaha restoran akan beralih berniaga di Bazar Ramadhan. Apa pun bagus juga sebab lagi meriah makan dan minuman yang dijual di Bazar...lebih pilihan untuk pelanggan.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya bila masuk minggu ke-3 pengungjung bazar akan kembali mengunjungi restoran-restoran kerana dah jemu dengan pilihan makanan yang ada di Bazar. Apa pun, kelebihan ini dapatlah memberikan rezeki kepada pengusaha resotoran yang masih membuka operasi perniagaan di bulan Ramadhan.

Saya mengambil kesempatan mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua warga Islam. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas dengan ibadat.

No comments:

Post a Comment